Wednesday, October 23, 2013

Trans Java (Jogja - Bandung - Jakarta) Part 1

It's been a while since i wrote my last entry. Been busy this few months. Kekangan kerja dan study dalam masa yang sama. Harap-harap bole la nak catch up semua ni.

Kali ni nak cerita pasal Trans Java last year. Mungkin boleh jadi reference pada sapa-sapa yang nak pergi. 

Indonesia - Jogja, Bandung dan JakartaDate : 26 April - 2 May 2012
 Trip 7 hari ni sepatutnya 4 org perempuan. Saya, Eze, Azwa n Farah(Kechek). Tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan, Kechek cancel. Dan selepas mcm2 cabaran, trip ni berjaya jugak. Kami still berempat tapi tempat Kechek diganti dengan seorang jejaka. No more Girls' trip. 


26 April  (KL- Jogja)Flight dari KL pagi buta jam 7 pagi. Sampai Jogja dalam pukul 8.35pagi waktu Indonesia. Kalau waktu Malaysia pukul 9.35 pagi. Sana lewat sejam. Nasib baik la kami tak tertinggal flight pagi tu sebab lambat. Pengalaman sungguh naik buggy kat airport. hehehe
Sampai ja kami kat Jogja, Pak Hadi dah siap tunggu kami. Dari airport kami terus ke Candi Prambanan sebab tak jauh sangat dari airport.
Jogja adalah 1 tempat yg sangat unik sebab ada temple Budha terbesar di dunia(On June 2012, Borobudur was recorded in Guinness Book of World Records as the world's largest Buddhist archaeological site. - wiki ) dan temple Hindu yang cantik. Tapi penduduk kat sini majoriti adalah Islam. Org tempatan ckp kat sini Budha mmg tak dak langsung. Tapi ada temple Budha.


Lepas makan kami naik beca pusing area Taman Sari dan Keraton.  Keraton adalah kawasan istana. Kemudian kami ke Istana Air (Water Castle). Istana ni tempat mandi Raja bersama Gundik2. Dia ada banyak gundik. Gundik yang bertuah boleh mandi dengan Raja . Ada juga tempat sembahyang bangunan dia sangat cantik. 

Water Castle. Raja akan tgk gundik dia dari atas. dan akan pilih seorang gundik untuk mandi dengan dia,
Losmen Setia Kawan - Guesthouse yang kami duduk. sgt berpatutan. 

Destinasi seterusnya, kami ke Parangthritis beach. pantai dia biasa2 ja. nak kata lawa tu rasanya pntai kat malaysia lagi ok kut.. lepas tu ke stasiun KA (railway station) sbb nak beli tiket ke bandung untuk esok malam. Malam tu jln2 soping2 di malioboro. we were lucky sbb hri tu adalah Car free day. so boleh tgk org naik bicycle ja. sapa2 yang ke jogja sila la beli batik sbb sgt2 murah.

Prambanan ni adalah temple Hindu dan mempunyai 3 candi utama iaitu Candi Vishnu, Siva dan Brahma (sempenan 3 dewa tertinggi Hindu). Setiap candi utama ini mempunyai candi yang dipanggil candi pendamping. Boleh baca di sini kalau nak tahu lebih lanjut - Yogyes

Kami menginap di Losmen Setia Kawan berhampiran Jalan Malioboro. Untuk ke night market di Jalan Malioboro boleh jalan kaki ja. Makanan pon senang cari. dan dekat dengan Stesen kereta api.





No comments:

Post a Comment