First time jejak kaki ke Bali. First time jugak terbang jauh2. Tiket beli time promo Airasia hampir setahun sebelum terbang. disebabkan first time, so mcm2 jugak research yang kami buat. baca kat tripadvisor la, lowyat forum la, blog2 org la dan macam-macam lagi. last-last kami decide nak hire supir ja. kami list kan tempat-tempat yang kami nak singgah dan dia arrange semua. kami spent 6 hari 5 malam di Bali, so tak la rushing sangat. nak bagi full itinerary saya tak berapa nak ingat. 
1st Day – Arrival
flight kami petang. dalam pukul 3 lebih macam tu, sampai Bali dah gelap lebih kurang 7 p.m. Bali cepat gelap walaupon waktu dia sama dengan Malaysia.
2nd Day
Barong Dance di Batubulan – > Perusahaan batik dan silver di Celuk Village -> Karyamas Gallery (ukiran kayu) -> Kintamani -> ladang Luwak -> Tegalalang
Tarian Barong merupakan salah satu tarian yang sangat popular di Bali selain daripada tarian Kecak. Tarian ini dikatakan peninggalan kebudayaan Pra Hindu. Tarian ini menceritakan mengenai Barong, haiwan berkaki empat yang sangat besar dan Rangda, makluk yang menyeramkan. Barong melambangkan kebaikan dan dikatakan mempunyai kuasa magis.
Kami menuju ke Kintamani untuk makan tengah hari. Kintamani merupakan kawasan berbukit di timur Bali. Di sini, boleh menikmati pemandangan Tasik Batur dan Gunung Batur iaitu gunung berapi di Bali. Tempat ni sejuk, kebetulan waktu kami sampai di sini hujan, jadi pemandangan gunung Batur kurang menarik.
Kopi luwak dikatakan kopi yang paling sedap. Tapi saya tak rasa pon sedap sangat ka. Kopi ni di ambil dari biji kopi yang telah dimakan oleh luwak(musang) yang kemudiannya menjadi bahan buangan haiwan itu. Senang cerita, kopi tahik musang la.
Luwak akan makan biji kopi tu, kemudian jadi najis dia, kemuadian dicuci dan diproses hingga bersih, di goreng dan akhir sekali ditumbuk sampai lumat. Apa hukum minum kopi luwak untuk org Islam? boleh rujuk sini.
Destinasi terakhir kami sebelum pulang adalah ke Tegalalang. Padi bukit di sini sangat cantik dan nampak sangat tersusun.
Seterusnya --> Bali 4 April 2011 – 9 April 2011[part 2]
Seterusnya --> Bali 4 April 2011 – 9 April 2011[part 2]






No comments:
Post a Comment