Friday, September 26, 2014

Indochina Part 2 (Ho Chi Minh Day 2 - Vung Tau)

sambungan dari --> Indochina Part 1 (KL - Ho Chi Minh)

Dah lama tak update. Busy sangat dengan kerja. Sekarang pulak sambung study so lagi busy la. 
Destinasi hari kedua kami di Ho Chi Minh adalah Vung Tau. Vung Tau ni macam bandar tepi laut la. Jauh sikit dari pekan Ho Chi Minh dan lebih tenang berbanding Ho Chi Minh. Ada 2 cara untuk ke Vung Tau :
  1. Melalui jalan darat (Bas dan teksi)
  2. Melalui jalan air guna Hydrofoil boat. Tapi start awal tahun hari tu perkhidmatan ni dah dihentikan sebab ada kemalangan.
Kami pilih naik Hydrofoil Boat sebab lagi cepat. Time kami kat sana ada lagi Hydrofoil Boat ni so kira beruntung la dapat merasa naik . :)

Jetty tak jauh sgt dari Ben Tahn so boleh jalan kaki ja. Ada apa kat Vung Tau??

Tiket Hdydrofoil - VND250 000 sorang
Patung besar Jesus atas bukit ala-ala Rio de Jeneiro
View dari atas bukit.
Cable car ke theme park atas bukit. Harga Cable Car + Theme park ialah VND300 000
boleh tengok 5D film

Boleh naik kuda. Kereta kuda mcm Cinderella pon ada


Roller Coster yang dipandu sendiri.
View pekan Vung Tau dari theme park

selain yang ada dalam gambar ni, ada jugak water park untuk kanak-kanak. Orang dewasa pon boleh. Senang cakap kalau nak buat family outing weekend kat sini boleh la. Kat Vung Tau kami kami sewa motorsikal. sehari VND20 000. Jalan dia tak susah sangat dan tak sesak mcm Ben Tahn. Beli map USD1 sahaja. Kat sini ada banyak hotel klau nak stay. Tapi kami balik Ben Tahn sebab nak tengok water puppet show malam tu (Recommended).




Wednesday, February 5, 2014

Indochina Part 1 (KL - Ho Chi Minh)

Ho Chi Minh, Phnom Penh, Siem Reap
Date : 1 - 7 November 2013

Dah 3 bulan balik tapi baru nak update blog. Kesian blog ni berhabuk. Nasib la dapat pencoret yang malas mcm ni. 

Ni kali kedua ke Vietnam lepas trip Danang-Hue-Hoi An hari tu.


Jom kita tengok trip kali ni ikut itinerary yang dibuat ke tak. 


Macam biasa la, malam sebelum ke HCM tentulah kena bermalam kat airport. Gerak dari Alor Setar pkul 9.00pm++. Sampai LCCT lebih kurang pukul 11pm. Bella dh ada kat sana. Lepak makan lepas tu apa lagi bentang sleeping bag tido la. Hehehehe.


Cool gila pakcik and makcik ni. Selambe je tido airport.
1 November 2013

  • Flight dari Lcct jam 9.00a.m. Sampai HCM jam 10a.m waktu tempatan (11am waktu Malaysia. Sana awal sejam dari kita)
  • Naik bus (bus no.152) dari airport ke Benh Tanh VND5000.
  • Sampai di stesen bas Bentanh rasa tekejut la jugak sebab tgk motor banyak gila. Nak lintas jalan pon takut. Kami ikut ada sorang org tempatan lintas jalan. Dia tunjuk jalan sampai ke hotel. 
  • Check inn kat Song Anh2 Hotel. Besebelahan dengan Ben Tanh. Untuk yang ingin kan suasana mcm backpackers boleh la tengok area2 Pha Ngu Lao street. Area yang kami stay ni mcm area2 makcik nak shopping sket la. hehehehe.
  • Lepas rest kejap, kami terus la redah jalan2 area District 1 tu berpandukan maps yang diambil di hotel.
  • Masuk Ben Tanh market sat. Oh bukan lah tempat kegemaran kami sebab mcm sempit dan panas tambah pulak intention bukan nak shopping pon. 
  • Singgah makan eskrem yang orang cakap femes kat HCM ni  -> Bach Dang ice cream. Eskrem ni lebih kurang mcm coconut eskrem yang jual kan tepi Samila Beach, Songkla. Sedap! tambah2 dengan cuaca yg panas plak tu. Harga VND85 000.



Bach Dang Ice Cream 
  • Kemudian ke Revolutionary Museum. Tiket berharga VND150,000.
Revolutionary Museum
  • Lepas tu ke Independence Palace. Entrance fee berharga VND40,000 termasuk electric car. 
Independent Palace
  • Lepas tu kami ke Cathedral Notre Dame. Feeling2 Paris gittew. Gereja ni memang di bina oleh French colonists. 
Cathedral Notre Dame


  • Sebelah gereja ni ada pejabat pos lama. Saigon Central post office @ Buu Dien Saigon. dah alang2 kat sini beli la 2 3 keping poskad untuk dihantar ke malaysia. 



Post Office


  • Kebetulan time kat sini cuaca macam tak berapa ok. Hujan lebat selebatnya. Terkandas lama jugak la kami kat sini. Memang basah lencun.

Pho
  • Malam kami dinner kat area Ben Tanh ja. ada satu gerai tepi jalan yang halal. ada roti canai lagi. Tukang masak dia tu orang malaysia. Kami try Pho. Macam Kueyteow sup tp sedap gila. VND95 000.
  • Lepas dinner, jalan2 area Nite Market kt luar pasar Ben tanh. Untuk yg tak suka suasana yang crowded dalam pasar di siang hari bole la jalan2 kat sini waktu malam.