Sunday, May 19, 2013

Next Destination....



Tengok gambar ni rasanya dah tau kut mana next destination saya. :)
Gili Island, Lombok !!!
trip kali kami start dari lombok lepas tu ke bali and balik kl terus. kami cuma ada 6 hari ja. so saya memang rasa agak rushing. mula-mula nak p lombok sebab teruja nak panjat Rinjani. tapi lepas memikirkan macam-macam benda, so saya decide nak lepak dekat beach ja.
Rinjani, saya akan datang lagi utk kamu nanti.
Masuk yang ni, dah 3 kali saya ke Bali. kenapa nak repeat p bali banyak2 kali?? ramai jugak yang tanya mcm tu. kenapa? cuma saya yang tahu.. heheheheh……

Tuesday, May 7, 2013

Bali 4 April 2011 – 9 April 2011 [part 4]

sambungan dari --> Bali 4 April 2011 – 9 April 2011[part 3]

Hari terakhir di Bali sebab esok pagi flight pukul 6.00 pagi. Hari ni kami rilek2 ja. Jalan2 kat Legian street dan Kuta. Try spa kat bali dan shopping2 sket.

The Vie Spa yang kami p. dekat kuta
Tugu org2 yang kena bom dulu kat Kuta street
Lunch Nasi padang





Berakhir lah perjalanan kat Bali. Till we meet again :)


* kenapa takdak gambaq penulis skali? sebab saya malu... :P

Monday, May 6, 2013

Bali 4 April 2011 – 9 April 2011 [part 3]

sambungan dari --> Bali 4 April 2011 – 9 April 2011[part 2]

4th Day.
Hari ni kami nak main air kat Tanjung Benoa, Kat sini mcm2 jenis watersport ada. Jetski, parasailing, banana boat, snorkeling, sea walker, flying fish, donut dan mcm2 lagi la.Kami ambik Pakej, ada jetski, banana boat, snorkeling, flying fish dan donut. Sori harga saya terlupa. Tapi sangat berpatutan.



Destinasi seterusnya, surfing kat Dreamland, Pecatu. Memang dah lama nak try surfing ni. Teruja sangat2. Kat sini boleh sewa surfboard and ada orang akan ajaq surfing. Pilih la nak bodyboard ka longboard ka semua ada. Aku try ja dua-dua. Maklum la bukan senang nak boleh surfing.

Jalan nak masuk ke beach tu. 



Selesai main air. Letih ya ammmaaatt. dari pagi sampai petang main air ja. Perut pon dah kruuk kraak. Dinner kat mana? Semestinya la Jimbaran sambil tengok sunset. Jangan lupa try lobster bakaq. *meleleh ayaq liuq aih*


macam-macam seafood ada. pilih ja

lobster bakaq.

siap ada org menari lg depan meja

pakcik yg menari Barong pon ada.


Tempat beli ole-ole Bali. mcm2 ada. 

Seterusnya -->  Bali 4 April 2011 – 9 April 2011 [part 4]

Saturday, May 4, 2013

Bali 4 April 2011 – 9 April 2011 [part 2]


3rd day
Perjalanan diteruskan pada hari ke-3. Selepas sarapan pagi di hotel, kami ke pasar umum Sukawati. DI sini, Di sini ada jual lukisan-lukisan, barangan  manik, kasut , barangan berasaskan buluh, beg tangan, t-shirt, kain sulam bali  semua barang kraf Bali la senang cerita. Harga barangan adalah mengikut harga pelancong, maka haruslah aktiviti tawar menawar dilakukan dengan bijak. Kat sini, kami sempat rembat kain sulam bali untuk buat baju raya untuk diri sendiri dan family :)
Image
Pesanan:
  1. Jangan terlebih-lebih bergaya sebab takut diikut oleh penjual-penjual barangan.
  2. Jangan terlebih-lebih juga bertanya dan menawar jika tidak berniat untuk membeli.
DSCN2635
2013-05-19
 Selepas bershopping, kami menuju ke Pura Taman Ayun, di Mengwi 16km dari Denpasar. Perkataan Ayun atau Ahyun berasal dari perkatan Hyun yang bermaksud, temple di dalam taman yang cantik (yang juga terdapat sebuah kolam) yang mana boleh memenuhi hasrat manusia. Pura ini merupakan salah sebuah pura masyarakat Hindu. Pura ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi – 6.00 ptg dengan bayaran rp.3,000 per person..
2013-05-191
Destinasi ke-3 pada hari itu adalah pura Ulun Danu Bratan. Pura ini merupakan pura air besar di Bali. Bayaran masuk Rp10.000,00 per person. Pemandangan kat sini memang cantik. Cuaca pon tak panas sangat sebab dikelilingi dengan gunung-gunung.
2013-05-192
Kemudian kami ke Tanah Lot. orang cakap ni destinasi wajid kalau ke Bali. Ni dah macam trademark Bali la. View memang sangat cantik. Kat sini ada Pura atas batu yang terhasil dari hakisan ombak. Kat sini jugak, pengunjung boleh tengok Tarian Kecak, salah satu tarian yang terkenal di Bali. Tiket rp50 000 per person. Memang asyikk la sebab tengok tarian ni sambil menikmati sunset dan bunyi ombak. Tarian ni start pada jam 7.00 petang.
??????????
Kecak cak cak cak cak
Seterusnya --> Bali 4 April 2011 – 9 April 2011[part 3]

Friday, May 3, 2013

Bali 4 April 2011 – 9 April 2011[part 1]


First time jejak kaki ke Bali. First time jugak terbang jauh2. Tiket beli time promo Airasia hampir setahun sebelum terbang. disebabkan first time, so mcm2 jugak research yang kami buat. baca kat tripadvisor la, lowyat forum la, blog2 org la dan macam-macam lagi. last-last kami decide nak hire supir ja. kami list kan tempat-tempat yang kami nak singgah dan dia arrange semua. kami spent 6 hari 5 malam di Bali, so tak la rushing sangat. nak bagi full itinerary saya tak berapa nak ingat. :)
1st Day – Arrival      
flight kami petang. dalam pukul 3 lebih macam tu, sampai Bali dah gelap  lebih kurang 7 p.m. Bali cepat gelap walaupon waktu dia sama dengan Malaysia.
Image
Tempat menginap kami.
Image
Santapan malam pertama
2nd Day
Barong Dance di Batubulan – > Perusahaan batik dan silver di Celuk Village -> Karyamas Gallery (ukiran kayu) -> Kintamani -> ladang Luwak -> Tegalalang
Image
Barong Dance di Batubulan
Tarian Barong merupakan salah satu tarian yang sangat popular di Bali selain daripada tarian Kecak. Tarian ini dikatakan peninggalan kebudayaan Pra Hindu. Tarian ini menceritakan mengenai Barong, haiwan berkaki empat yang sangat besar dan Rangda, makluk yang menyeramkan. Barong melambangkan kebaikan dan dikatakan mempunyai kuasa magis.
Image
Panorama Tasik Batur
Kami menuju ke Kintamani untuk makan tengah hari. Kintamani merupakan kawasan berbukit di timur Bali. Di sini, boleh menikmati pemandangan Tasik Batur dan Gunung Batur iaitu gunung berapi di Bali. Tempat ni sejuk, kebetulan waktu kami sampai di sini hujan, jadi pemandangan gunung Batur kurang menarik.
Image
Ladang Luwak – Kopi Luwak
Kopi luwak dikatakan kopi yang paling sedap. Tapi saya tak rasa pon sedap sangat ka. Kopi ni di ambil dari biji kopi yang telah dimakan oleh luwak(musang) yang kemudiannya menjadi bahan buangan haiwan itu. Senang cerita, kopi tahik musang la. :) Luwak akan makan biji kopi tu, kemudian jadi najis dia, kemuadian dicuci dan diproses hingga bersih, di goreng dan akhir sekali ditumbuk sampai lumat. Apa hukum minum kopi luwak untuk org Islam? boleh rujuk sini.
Image
Tegalalang Rice Terrace
Destinasi terakhir kami sebelum pulang adalah ke Tegalalang. Padi bukit di sini sangat cantik dan nampak sangat tersusun.

Seterusnya --> Bali 4 April 2011 – 9 April 2011[part 2]

Wednesday, May 1, 2013

Happy Labour Day!!!


Singgah-singgah


Assalamualaikum.
Setelah dipertimbangkan segala permintaan dr rakan-rakan, maka terhasil la blog singgahsinggah ni. sebelum ni pon ada dh blog tp campur aduk content dia. so blog ni khas psl tempat2 yg saya dh singgah.
Secara rasminya blog ni dihasilkan pada 1 Mei 2013.
selamat membaca.. :)