Hotel dah book guna groupon. So tak yah bayar apa-apa. Just call inform hotel tu yg nak p on 15 June.
Mula-mula ingat nak stay kat mana2 dulu before trus ke Koh Lanta. Tapi last2 Khamis after keja trus gerak direct p Koh Lanta.
P sana drive sendri. Macam biasa la kat border Sadao tu cop passport n isi immigration form untuk bawak masuk kereta. Kereta yang nak bawak masuk Siam kena declare dulu.
Gerak dari border lbh kurang pukul 4 ptg. Berpandukan Papago yg di install dalam phone, kami pon trus menuju ke Koh Lanta.
Route dia lebih kurang mcm map kat atas tu. Jarak lebih kurang 330km. Gerak from border kul 4p.m sampai Lanta Resort( hotel kami stay) lbh kurang kul 9p.m. so perjalanan ambik masa lebih kurang 5 jam.
jalan dia senang ja. Tak pusing2 sgt2. Tapi kena naik ferry 2 kali.
- first ferry from mainland (hua hin pier) to Koh Lanta Noi( pulau kecik).
- second ferry from Koh Lanta Noi to Koh Lanta Yai.
Koh Lanta Noi atau Pulau Lanta Kecil tu macam kampung yg tak membangun sangat. Koh Lanta Yai atau pulau Lanta Besar ada mcm2 resort dan mmg tumpuan tourist.
Time kami p ni low season sbb local people kata time tu monsoon. Org yg kat hotel tu pon cakap mcm tu. last week ( a week b4 we went there) hujan ja everyday. Alhamdulillah time kami kat sana cerah setiap masa.
Kami stay kat Lanta resort. Hotel tu sangat cantik. Ada pool excess deluxe room. Kluar bilik trus terjun pool ja..
Memandangkan kami p time low season, so hrga bilik mmg sangat2 murah. harga asl bilik kami stay tu kalo peak season THB5800 = RM580. Tapi time kami p tu hrga dia RM150 ja.. so sgt murah. kami stay sana 4d3m.
Koh Lanta tu dlm daerah krabi. Dari situ boleh p round island. buleh p Phi phi island, James Bond island, Emarald Pool n mcm2 lg. hrga dia THB850 per person. pstu boleh p naik gajah masuk hutan, mandi air terjun. tp bergantung pada keadaan cuaca. kalo time kami p tu ok jugak la, sbb tourist x ramai (low season), tak la crowded sgt.
Nightlife dia pon ok jgk. ada byk bar.
Nak makan kat situ pon tak la susah sangat sebab 80% adalah org muslim. buleh jumpak org pakai tudung merata2 tempat. masjid pon ada. so takyah risau sgt.
Untuk para diver, sini boleh dikatakan tumpuan dan sorga la untuk divers.
Nak p ke situ ada mcm2 cara.
- naik flight ke krabi, pastu naik van ke koh lanta yai direct. tp org cakap mahal. boleh google cari berapa harga naik van.
- naik bas dari hatyai ke krabi / trang dari hatyai. kemudian naik van trus ke koh lanta yai. tapi kalo mai dari hatyai, di nasihatkan stop kat trang sbb trang lg dekat berbanding krabi. kalau time low season cuma ada car ferry ja yg operate. kalau time peak season ada car ferry dgn ferry penumpang.
- drive trus ke koh lanta yai. macam saya.
kat sana, boleh sewa motor utk pusing2 pulau. harga dia THB200 per day.
kesimpulannya trip ni mmg best n rileks :)
![]() |
| Lanta resort |
![]() |
| lunch |
![]() |
| beach dekat resort |
![]() |
| lanta old town |








Terima kasih sebab singgah-singgah kat blog kami ;-)
ReplyDeleteHaatyai kan? hehehehe