Monday, October 28, 2013

N.E.X.T ->Indochina Itinerary.

2 more days to go!!! Finally!!
Tersangat lah excited tahap dewa dh ni. Nak cross 2 country secara overland (Vietnam + Cambodia). Tapi memandangkan masa sangat lah suntuk, so tak boleh la nak explore the whole country. Lagipon central Vietnam dah explore dh last year.
Plan asal nak ke Vietnam saja (HCM - Hanoi), tapi last minit tukar plan HCM-Phnom Penh-Siem Reap.
Btw, thanx to Drunbella for her willingness to be my partner. Otherwise i'll be going alone.

Here's my itinerary.





Hopefully boleh la ikut itinerary, sebab slalu nya akan end up dengan something which is not on the list.
Sebenar nya teringin nak p Mui Ne kat Vietnam. Tapi mcm tak sempat ja. Next time lah.

Wednesday, October 23, 2013

Trans Java (Jogja - Bandung - Jakarta) Part 1

It's been a while since i wrote my last entry. Been busy this few months. Kekangan kerja dan study dalam masa yang sama. Harap-harap bole la nak catch up semua ni.

Kali ni nak cerita pasal Trans Java last year. Mungkin boleh jadi reference pada sapa-sapa yang nak pergi. 

Indonesia - Jogja, Bandung dan JakartaDate : 26 April - 2 May 2012
 Trip 7 hari ni sepatutnya 4 org perempuan. Saya, Eze, Azwa n Farah(Kechek). Tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan, Kechek cancel. Dan selepas mcm2 cabaran, trip ni berjaya jugak. Kami still berempat tapi tempat Kechek diganti dengan seorang jejaka. No more Girls' trip. 


26 April  (KL- Jogja)Flight dari KL pagi buta jam 7 pagi. Sampai Jogja dalam pukul 8.35pagi waktu Indonesia. Kalau waktu Malaysia pukul 9.35 pagi. Sana lewat sejam. Nasib baik la kami tak tertinggal flight pagi tu sebab lambat. Pengalaman sungguh naik buggy kat airport. hehehe
Sampai ja kami kat Jogja, Pak Hadi dah siap tunggu kami. Dari airport kami terus ke Candi Prambanan sebab tak jauh sangat dari airport.
Jogja adalah 1 tempat yg sangat unik sebab ada temple Budha terbesar di dunia(On June 2012, Borobudur was recorded in Guinness Book of World Records as the world's largest Buddhist archaeological site. - wiki ) dan temple Hindu yang cantik. Tapi penduduk kat sini majoriti adalah Islam. Org tempatan ckp kat sini Budha mmg tak dak langsung. Tapi ada temple Budha.


Lepas makan kami naik beca pusing area Taman Sari dan Keraton.  Keraton adalah kawasan istana. Kemudian kami ke Istana Air (Water Castle). Istana ni tempat mandi Raja bersama Gundik2. Dia ada banyak gundik. Gundik yang bertuah boleh mandi dengan Raja . Ada juga tempat sembahyang bangunan dia sangat cantik. 

Water Castle. Raja akan tgk gundik dia dari atas. dan akan pilih seorang gundik untuk mandi dengan dia,
Losmen Setia Kawan - Guesthouse yang kami duduk. sgt berpatutan. 

Destinasi seterusnya, kami ke Parangthritis beach. pantai dia biasa2 ja. nak kata lawa tu rasanya pntai kat malaysia lagi ok kut.. lepas tu ke stasiun KA (railway station) sbb nak beli tiket ke bandung untuk esok malam. Malam tu jln2 soping2 di malioboro. we were lucky sbb hri tu adalah Car free day. so boleh tgk org naik bicycle ja. sapa2 yang ke jogja sila la beli batik sbb sgt2 murah.

Prambanan ni adalah temple Hindu dan mempunyai 3 candi utama iaitu Candi Vishnu, Siva dan Brahma (sempenan 3 dewa tertinggi Hindu). Setiap candi utama ini mempunyai candi yang dipanggil candi pendamping. Boleh baca di sini kalau nak tahu lebih lanjut - Yogyes

Kami menginap di Losmen Setia Kawan berhampiran Jalan Malioboro. Untuk ke night market di Jalan Malioboro boleh jalan kaki ja. Makanan pon senang cari. dan dekat dengan Stesen kereta api.





Wednesday, August 14, 2013

Padang - Family Trip Feb 2012

Padang, Indonesia
Date : 22 - 25 February 2012
Family vacation with mak, ayah, abg sham and kak rozy

Trip kali ni saya bawak mak n ayah jalan2 ke indonesia. Tiket saya sponsor sebab murah sangat. Harga tiket untuk 4 orang (mak, ayah, saya dan kak Rozy) tak sampai pon rm200 untuk return tiket. Asalnya nak p berenpat ja tapi last minit abg Sham plak ckp nak ikut. So cukup la qouta 1 family kami (tanpa menantu2 dan cucu).

Disebabkan saya bawak mak ayah dan takmau diorang rasa penat, so saya sewa kereta beserta supir skali.

Itinerary hari pertama (22 Feb 2012)
  • flight dari LCCT ke Padang jam 7.50 pagi(waktu Malaysia) 
  • sampai di Bandara Padang dijemput oleh Saudara Budi (pak supir saya)
  • breakfast soto kat town (tak ingat nama restoran) kemudian bergeerak terus ke Bukit Tinggi
  • singgah di Lembah Anai (air terjun ) kat tepi jalan on the way ke Bukit Tinggi
  • singgah di Perkampungan Minangkabau, Padang Panjang. Kat sini boleh tengok adat Minangkabau dan rumah gadang. Boleh jgk try baju2 Minangkabau. 
  • Sampai di Bukit Tinggi, check in hotel (Grand Malindo) kemudian keluar makan. Kami makan dekat restoran Pauh Paiman. Nasi padang kat situ boleh tahan sedap dan murah.
  • jalan2 shopping kat Pandai Sikek
  • malam, lepak dekat dataran jam Gadang


Mak n ayah sarapan soto 
Air terjun Lembah Anai. ala2 mcm sipiso-piso
Rumah Gadang, Padang Panjang



Jam Gadang

Itinerary hari kedua (23 Feb 2012)


  • lepas breakfast, jalan2 area hotel. Hotel Grand Malindo ni dekat sgt dgn Taman Panorama. Dari Taman Panorama ni boleh tgk Ngarai Sianok (jurang ) dan boleh masuk Lobang Jepang (Terowong Jepun) yang dibina oleh org2 Jepun. 
  • Ke Pagaruyung, Pusat pemerintahan Minangkabau dulu2. Istana Pagaruyung yang lama terbakar pd tahun 2007, sekarang istana ni dalam proses pembinaan semula.
  • Ke Danau Singkarak. kat sini boleh beli ikan bilis. 
  • Shopping di Pasar Atas. Bukit Tinggi mmg sangat terkenal dengan kain sulam dan tenun. Kat Pasar Atas ni boleh tgk mcm2 kain sulam tapi kena pandai tawar menawar.
Ngarai Sianok dari taman Panorama
Istana Pagaruyung
Ikan Bilis danau Singkarak yg sedang dikeringkan
Danau Singkarak
Antara hasil tangkapan sepanjang di Bukit Tinggi
Itinerary hari ketiga (24 Feb 2012)
  • Check out dari hotel. Bertolak dari Bukit Tinggi ke bandar Padang melalui Danau Maninjau
  • Sampai di bandar Pdang dah petang terus check in hotel.
  • melawat Pantai Air Kuning - tempat sejarah Malin Kundang
  • lepak kat jambatan Siti Nurbaya smbil makan jagung bakar dan teh botol


Danau Maninjau

Sisa2 kapal Malin Kundang yg pecah kena ombak

ni Malin Kundang

Saudara Budi - Tourist guide kami


Hari keempat, pagi-pagi lagi dah gerak ke bandara sebab tiket flight pulang ke Malaysia pagi. :)

Sunday, June 23, 2013

Vietnam - visiting ancient city Part 3

Hoi An


dari Danang nak ke Hoi An, kami naik bas. Kena jalan kaki sikit dari Danang Train station untuk ke bus stop. Jarak perjalanan ke Hoi An lebih kurang 30km. 
sampai di Stesen bas Hoi An, kami naik taxi motor untuk ke Hoang Trinh hotel. Kat sini semalam lebih kurang 30USD.

Bus no1 untuk ke Hoi An

Dalam bas ke Hoi An

Hoi An dikenali sebagai salah satu World Heritage Site oleh UNESCO.
"Hoi An, once known as Faifo, with more than 2,000 years history, was the principal port of the Cham Kingdom, which controlled the strategic spice trade with Indonesia from the 7th to the 10th century and was a major international port in the 16th and 17th centuries - and the foreign influences are discernible to this day.source from wikitravel.

Selamat Datang!!!
Kami jalan-jalan kat area hotel ja petang tu. Tengok2 souvenir. Disebabkan dah nak CNY, semua orang sibuk shopping keperluan rumah. 
Feels like home. Randy's Book Exchange kat Can Nam Island. We walked from the hotel to here :) if u want to find 2nd hand books, here's the place. owned by a man from Hawaii. this book store has many imported books in several language. 


our dinner that nite. Takut sket nak makan kat sini sebenaqnya. Tapi tawakal ja lah. Makan omelette kosong dgn sayur goreng.
Esoknya, lepas breakfast, kami sewa basikal dengan harga 30000VND/1.5USD sehari untuk pusing Hoi An. memang sangat murah.
Hoi An memang sangat cantik. Tenang ja. pemandangan pon memang terbaik la. 






Cam Nam bridge
in front of Japanese Covered bridge


people start to shop for Chinese New Year
Basikal kami :)

Kayuh punya kayuh kami sampai ke An Bang beach. Jauh jugak la dari bandar Hoi An.

An Bang beach
Ni malam terakhir kami kat Vietnam. so, kena la chill sket. :P
Memandangkan duit pon banyak lagi lebih, so kami makan mewah sket la malam ni. 

Bar before and Now. Makan sambil layan lve band
Our dinner that nite
Esok nya, pagi2 lagi dah bangun, packing barang, suruh hotel call taxi, breakfast, dan pulang.

Breakfast. Kat sini breakfast depa bagi skali buah-buahan. Manggis pon ada kat Vietnam..

Next time p vietnam nak tempah baju tradisional vietnam la.. :)

Total expenses kat sana adalah RM500 untuk 4 hari 3 malam. :)

Saturday, June 22, 2013

Vietnam - visiting ancient city Part 2

                                   3-hours Train ride from Hue back to Da Nang

sambungan dari --> Vietnam - visiting ancient city Part 1

setelah selesai menjelajah bandar Hue, kami pulang ke hotel, pack barang dan terus menuju train stesen Hue. Destinasi berikutnya adalah Hoi An. Tapi train yang kami naik ni cuma sampai Danang. So dari Danang kami naik bas ke Hoi An.

Perjalanan dari Hue ke Danang adalah lebih kurang 3 jam dengan tambang sebanyak 67000VND/3.3USD. Pemandangan memang superb, 

"Experience the ‘Reunification Express' and the most magical part of the whole Hanoi to Saigon train journey is the wonderfully scenic section along the cost between Hué and Danang.  The train snakes at slow speed past beaches, islands and rocky jungle-covered cliffs, then heads through the hills over the lush green Hai Van Pass to reach Danang.  In the bright Vietnamese sun, the vivid blue skies, green waters and yellow beaches will take your breath away. You get a real insight into Vietnam when you travel by train, both urban and rural, which you don't get from 35,000 feet.  And if you're good at people watching you'll get insights on board the train, too, as the 'real' Vietnam is as much inside the train as outside. " -sumber dari blog seorang sahabat- 


Railway
Hue Train Station (Ga Hue)