sambungan dari -->
Indochina Part 1 (KL - Ho Chi Minh)
Dah lama tak update. Busy sangat dengan kerja. Sekarang pulak sambung study so lagi busy la.
Destinasi hari kedua kami di Ho Chi Minh adalah Vung Tau. Vung Tau ni macam bandar tepi laut la. Jauh sikit dari pekan Ho Chi Minh dan lebih tenang berbanding Ho Chi Minh. Ada 2 cara untuk ke Vung Tau :
- Melalui jalan darat (Bas dan teksi)
- Melalui jalan air guna Hydrofoil boat. Tapi start awal tahun hari tu perkhidmatan ni dah dihentikan sebab ada kemalangan.
Kami pilih naik Hydrofoil Boat sebab lagi cepat. Time kami kat sana ada lagi Hydrofoil Boat ni so kira beruntung la dapat merasa naik . :)
Jetty tak jauh sgt dari Ben Tahn so boleh jalan kaki ja. Ada apa kat Vung Tau??
 |
| Tiket Hdydrofoil - VND250 000 sorang |
 |
| Patung besar Jesus atas bukit ala-ala Rio de Jeneiro |
 |
| View dari atas bukit. |
 |
Cable car ke theme park atas bukit. Harga Cable Car + Theme park ialah VND300 000
 |
| boleh tengok 5D film |
|
 |
| Boleh naik kuda. Kereta kuda mcm Cinderella pon ada |
 |
Roller Coster yang dipandu sendiri.
 |
View pekan Vung Tau dari theme park
selain yang ada dalam gambar ni, ada jugak water park untuk kanak-kanak. Orang dewasa pon boleh. Senang cakap kalau nak buat family outing weekend kat sini boleh la. Kat Vung Tau kami kami sewa motorsikal. sehari VND20 000. Jalan dia tak susah sangat dan tak sesak mcm Ben Tahn. Beli map USD1 sahaja. Kat sini ada banyak hotel klau nak stay. Tapi kami balik Ben Tahn sebab nak tengok water puppet show malam tu (Recommended).
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment