sambungan dari --> Bali 4 April 2011 – 9 April 2011[part 1]
3rd day
Perjalanan diteruskan pada hari ke-3. Selepas sarapan pagi di hotel, kami ke pasar umum Sukawati. DI sini, Di sini ada jual lukisan-lukisan, barangan manik, kasut , barangan berasaskan buluh, beg tangan, t-shirt, kain sulam bali semua barang kraf Bali la senang cerita. Harga barangan adalah mengikut harga pelancong, maka haruslah aktiviti tawar menawar dilakukan dengan bijak. Kat sini, kami sempat rembat kain sulam bali untuk buat baju raya untuk diri sendiri dan family 
Pesanan:
- Jangan terlebih-lebih bergaya sebab takut diikut oleh penjual-penjual barangan.
- Jangan terlebih-lebih juga bertanya dan menawar jika tidak berniat untuk membeli.
Selepas bershopping, kami menuju ke Pura Taman Ayun, di Mengwi 16km dari Denpasar. Perkataan Ayun atau Ahyun berasal dari perkatan Hyun yang bermaksud, temple di dalam taman yang cantik (yang juga terdapat sebuah kolam) yang mana boleh memenuhi hasrat manusia. Pura ini merupakan salah sebuah pura masyarakat Hindu. Pura ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi – 6.00 ptg dengan bayaran rp.3,000 per person..
Destinasi ke-3 pada hari itu adalah pura Ulun Danu Bratan. Pura ini merupakan pura air besar di Bali. Bayaran masuk Rp10.000,00 per person. Pemandangan kat sini memang cantik. Cuaca pon tak panas sangat sebab dikelilingi dengan gunung-gunung.
Kemudian kami ke Tanah Lot. orang cakap ni destinasi wajid kalau ke Bali. Ni dah macam trademark Bali la. View memang sangat cantik. Kat sini ada Pura atas batu yang terhasil dari hakisan ombak. Kat sini jugak, pengunjung boleh tengok Tarian Kecak, salah satu tarian yang terkenal di Bali. Tiket rp50 000 per person. Memang asyikk la sebab tengok tarian ni sambil menikmati sunset dan bunyi ombak. Tarian ni start pada jam 7.00 petang.
Seterusnya --> Bali 4 April 2011 – 9 April 2011[part 3]
![]() |
| Kecak cak cak cak cak |






No comments:
Post a Comment